My Add

Tuesday 13 December 2011

Belia ‘Superhero’ negara: Naajib

     NAJIB       melihat  ‘Perancangan Untuk Masa Hadapan’ daripada belia  diwakili Loo Yeen Shuen  (kanan) dan Muhammed Taufiq Jusoff Albar  pada majlis makan malam program ‘Youth Defined: Shape Our Future’  di Kuala Lumpur, malam tadi.
NAJIB melihat ‘Perancangan Untuk Masa Hadapan’ daripada belia diwakili Loo Yeen Shuen (kanan) dan Muhammed Taufiq Jusoff Albar pada majlis makan malam program ‘Youth Defined: Shape Our Future’ di Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR, SELASA,  13 Disember, 2011:
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengibaratkan golongan muda sebagai wira unggul yang mempunyai kuasa menjadikan program transformasi negara sebagai satu realiti.

Mengakui bahawa suara golongan muda mantap, Najib berkata, kerajaan sentiasa terbuka kepada pandangan dan idea golongan belia dan juga kritikan mereka supaya setiap program transformasi yang dirancang akan berjaya.

"Tetapi suara golongan muda bukan hanya semata-mata sebagai kritikan tetapi perlu mengemukakan idea untuk penyelesaian.

"Mereka ini seperti ”superhero” kepada negara kerana mempunyai kuasa untuk berubah dan sekiranya semua wira unggul bekerjasama dengan kerajaan maka program transformasi lebih mudah untuk menjadi kenyataan,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada perasmian penutupan sidang kemuncak belia berjudul “Membentuk Masa Depan Kita” yang dihadiri oleh kira-kira 500 pelajar universiti awam dan swasta di sini semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dan Pengerusi MyHarapan, Roslan Bakri Zakaria. - Bernama

No comments:

Post a Comment