My Add

Sunday 4 December 2011

Bersatu menerajui kemenangan PRU13

KUALA LUMPUR 3 Disember, 2011:DATUK Seri Najib Tun Razak percaya UMNO pasti boleh menerajui kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) jika seluruh ahlinya memiliki semangat berpasukan, tidak mengkhianati sesama sendiri selain menerapkan taat setia tidak berbelah bahagi kepada parti.

Menyuntik formula itu dalam ucapan penggulungan pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini, beliau menyifatkan ia sebagai transformasi diri paling mencabar yang harus dipikul orang UMNO.

Serentak itu, beliau mengingatkan bahawa ujian terbesar menanti kesemua perwakilan apabila kembali ke kawasan masing-masing ialah mencuba sedaya-upaya mengelakkan sengketa di peringkat bahagian.

"Kalau ketua bahagian tengok pada timbalan, jangan pula dia kata 'eh! dia ni nak jawatan saya', yang lain-lain pula bagi kerjasamalah...kasih sayang yang sejati.

"Beringatlah saudara saudari, pilihan raya ini adalah yang paling getir dalam sejarah tanah air.

"Pilihan yang dihadapkan kepada rakyat adalah pilihan titik penentuan sama ada kita mahu melihat masa depan yang cerah benderang bagi sebuah negara Malaysia yang maju dengan memilih UMNO dan BN atau menempa jalan tragis penuh kehancuran dengan memilih pakatan pembangkang," katanya.

Beri laluan kepada calon barua

Datuk Najib juga mengingatkan semua pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) supya memberi laluan kepada calon-calon baru dengan rela hati.

Sebagai orang UMNO katanya, mereka perlu bersedia melakukan apa sahaja demi kepentingan parti termasuk berundur apabila tiba masanya mereka berbuat demikian.

Beliau berkata, golongan itu juga harus sedar bahawa pencalonan mereka sebelum ini sehingga dipilih sebagai wakil rakyat adalah hasil aadaripada sokongan serta laluan yang diberikan oleh orang lain.

''Saya amat berharap mereka menyokong calon baru sebab semasa mereka naik orang lain menyokongnya dan ada orang lain yang memberi laluan kepadanya. Sekiranya tidak, dia tidak akan naik menjadi wakil rakyat.

''Oleh itu apabila tiba masanya, dia kena berundur atas kepentingan parti. Saya berharap dia faham, akan sokong parti dan terima hakikat serta sedar bahawa satu ketika dulu dia dapat kebaikan hasil sokongan orang lain," katanya.

No comments:

Post a Comment