My Add

Saturday 24 December 2011

Cadangan pengamal media mengundi awal perlu diperhalusi

JELEBU, SABTU,  24 Disember, 2011: Cadangan bagi membolehkan pengamal media, doktor dan jururawat mengundi awal pada pilihan raya umum akan datang perlu diteliti dan diperhalusi sebelum ia boleh dilaksanakan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, untuk itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab mengenai perkara berkenaan harus mengenal pasti kaedah dan kesan pelaksanaannya.

"Cadangan itu perlu diteliti oleh SPR terlebih dahulu. Apakah bidang-bidang yang berkaitan yang perlu diteliti dan diperhalusi dan apakah bidang-bidang yang perlu diketengahkan dan ditambahbaikkan keadaannya,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berbentuk barang keperluan harian kepada 21 keluarga Orang Asli di Kampung Ulu Kemin di sini hari ini, Rais berkata, SPR juga perlu memberi definisi yang jelas mengenai sistem itu jika dilaksanakan.

Katanya hak-hak pemilih yang mengundi menerusi sistem itu juga perlu ditentukan, sesuai dengan kehendak amalan demokrasi yang diamalkan dalam dunia moden hari ini.

"Dengan cara itu, saya rasa SPR akan dapat mewujudkan satu penilaian (mengenai cadangan itu) yang lebih objektif,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment