My Add

Sunday 4 December 2011

Dedah penipuan pembangkang

Bagaimana perjuangan menubuhkan negara Islam? Siapa rakan Pas kalau bukan Ambiga? Malah, siapa pula pergi haji yang ditaja oleh tauke balak tetapi tak jadi pergi? Shabudin Yahaya UMNO Bahagian Tasek Gelugor

KUALA LUMPUR, AHAD, 04 Disember, 2011:
WAKIL UMNO Pulau Pinang hari ini menarik perhatian perwakilan apabila melontarkan beberapa persoalan yang mendedahkan sifat sebenar serta pembohongan pembangkang.

Shabudin Yahaya dari UMNO Bahagian Tasek Gelugor melemparkan persoalan yang memperlihatkan betapa licik serta hipokrit Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas yang sanggup menggadaikan agama untuk kepentingan bersama DAP.

"Pas kata UMNO parti sesat, parti sekular. Namun, sedar atau tidak, siapa sebenarnya sesat dan mengamalkan pembohongan besar? Saya ingin tanya siapa yang sesat apabila menyokong komunis? Siapa yang mengkhianati Islam dengan menyokong liberalisme dan pluralisme antara agama bersama DAP?

"Bagaimana perjuangan menubuhkan negara Islam? Siapa rakan Pas kalau bukan Ambiga? Malah, siapa pula pergi haji ditaja oleh tauke balak tetapi tak jadi?" katanya ketika membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini, semalam

Beliau mempersoalkan sikap sebenar pembangkang yang sanggup memfitnah polis apabila ada pemimpin Pas mengatakan telah dilanggar oleh anggota keselamatan itu pada perhimpunan haram Bersih 2.0 pada September lalu.

Shabudin juga melontarkan persoalan mengenai identiti pemimpin pembangkang yang meminta langkah mayatnya dahulu kalau mahu melaksanakan hukum hudud.

Beliau turut menyoal tentang siapakah Ahli Parlimen DAP yang mengagihkan daging korban baru-baru ini dan mempergunakan Islam untuk meraih sokongan politik.

Soalan paling kritikal dilontarkan Shabudin ialah siapakah pemimpin pembangkang yang sanggup mengkafirkan ahli UMNO semata-mata kerana politik selain siapa yang mahu meruntuhkan penjara sekiranya 'de facto' PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dipenjarakan jika didapati bersalah atas tuduhan liwat.

"Inilah rupa pemimpin PKR, DAP dan Pas. Inilah angkara mereka. Mereka kata UMNO sesat dan korup. Siapakah sebenarnya sesat dan korup? Ibarat 'kata dulang paku serpih, mengata orang dia (pembangkang) yang lebih," katanya.

Beliau menegaskan bahawa UMNO sebenarnya parti yang menegakkan Islam melalui penubuhan majlis agama negeri yang menguruskan hal ehwal Islam dengan persetujuan raja-raja Melayu selain program pembangunan agama itu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. - MM

No comments:

Post a Comment