My Add

Thursday 8 December 2011

Deposit tinggi bagi kurangkan projek terbengkalai - Chee Heung

KUALA LUMPUR. KHAMIS, 08 Disember, 2011:
PINDAAN Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) yang menghendaki pemaju projek perumahan membayar deposit tiga peratus daripada jumlah kos pembinaan, mampu mengurangkan masalah projek perumahan terbengkalai, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung.

Beliau berkata syarat itu adalah untuk memastikan hanya pihak yang benar-benar mampu sahaja boleh menjadi pemaju perumahan selain memastikan mereka lebih bertanggungjawab dan mempunyai modal yang cukup.

"Dengan pindaan baru ini juga, jika sesuatu projek dilihat mempunyai masalah, wang deposit tersebut akan digunakan untuk menampung masalah itu.

"Walaupun ia agak tinggi tapi bagi seorang pemaju yang serius dan betul-betul nak jadi pemaju ini bukan halangan,” katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini ketika menjawab soalan Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah.

Chee Heung berkata, jumlah RM200,000 bayaran deposit pada masa sekarang agak rendah dan ini menyebabkan ramai pemaju yang tidak layak telah menjalankan projek yang seterusnya menyumbang kepada masalah rumah terbengkalai.

Pindaan akta itu turut memberi hak kepada kementerian menyiasat pemaju projek perumahan terbengkalai bagi memastikan sama ada ia disengajakan atau tidak.

"Melalui pindaan-pindaan ini, kementerian berharap dapat menyelesaikan dan mengurangkan masalah projek perumahan terbengkalai pada masa akan datang seterusnya memberi manfaat kepada rakyat sebagai pembeli,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment