My Add

Tuesday 20 December 2011

Filem seram lebih dapat sambutan penonton

KUALA LUMPUR, SELASA, 20 Disember, 2011: Dewan Negara diberitahu bahawa filem berunsur seram lebih mendapat sambutan penonton tempatan di pawagam berbanding filem dari genre lain.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D’Cruz berkata, melalui rekod Skim Syarat Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), filem bertemakan seram telah mencatat jumlah kutipan yang agak tinggi.

"Sepanjang tahun ini contohnya, filem Hantu Bonceng telah berjaya meraih RM8.5 juta, filemKhurafat pula mencatat kutipan RM8.08 juta dan Karak RM4.2 juta,” katanya ketika menjawab soalan Senator Ahamat@Ahamad Yusop mengenai lambakan filem berunsurkan tahyul dan mistik.

Maglin berkata, melalui kajian citarasa dan kehendak yang dijalankan kebanyakan pembikin filem tempatan, mereka mendapati selera penonton adalah lebih cenderung kepada filem bertemakan seram.

"Oleh sebab itu, ramai penerbit mangambil keputusan untuk menerbitkan filem seram berbanding tema lain,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment