My Add

Wednesday 21 December 2011

Inovasi, produk premium kunci jadi hab industri halal

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Disember, 2011: Malaysia perlu menyandarkan pada inovasi dan fokus terhadap pengeluaran produk halal premium jika ia mahu menzahirkan cita-citanya menjadi hab bagi industri halal global.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), Datuk Seri Jamil Bidin berkata, negara ini perlu mengeluarkan produk halal premium bagi membezakannya dengan pengeluaran produk secara besar-besaran.

"Jika kita memberi fokus pada pengeluaran besar-besaran, China dan Thailand mempunyai kelebihan kerana mereka lebih produktif,” katanya sambil menyatakan Malaysia perlu menyandarkan kepada inovasi produk halal dan menjadikan negara ini tempat bagi aktiviti nilai tambah produk halal, yang termasuk produk diimport.

Beliau menambah: "Kita perlu menjadi pusat kecemerlangan bagi melaksanakan dan mempromosikan inovasi produk halal. “Negara ini sememangnya berpotensi menjadi hab industri itu kerana ia mempunyai infrastruktur dan ekosistem yang betul tetapi perlu menangani beberapa cabaran sebelum boleh mencapai cita-citanya,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment