My Add

Monday 19 December 2011

Israel bebas 550 tahanan Palestin

RAMALLAH, ISNIN, 19 Disember, 2011: Israel membebaskan 550 lagi tahanan Palestin, sekali gus melengkapkan fasa kedua persetujuan yang menyaksikan askar Israel, Gilad Shalit, dibebaskan Oktober lalu. 

Pegawai Palestin di bandar Tebing Barat, Ramallah, berkata tahanan memasuki bandar itu dengan bas pada kira-kira jam 10 malam (2000 GMT) di mana ribuan penduduk menyambut ketibaan mereka.

Pada masa sama, sekumpulan 41 tahanan Palestin lain menyeberang masuk ke Semenanjung Gaza.

Seorang pegawai penjara Israel berkata, dua lagi tahanan Palestin di bawa ke sempadan Jordan manakala dua yang lain dibebaskan di Atarot, timur Baitulmaqdis. 

Di BAITULMAQDIS , Kementerian Perumahan Israel semalam membuka tender untuk pembinaan lebih 1,000 unit rumah di timur Baitulmaqdis dan Tebing Barat.

Jurucakap kementerian itu berkata, lebih 500 rumah baru dibina di timur bandar Har Homa manakala 528 lagi dibina di dua kawasan Tebing Barat, iaitu 348 di Bietar dan 180 lagi di Givat Ze’ev.

Katanya, pembinaan unit baru itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Palestin memohon keanggotaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada September lalu. - AFP


No comments:

Post a Comment