My Add

Saturday 10 December 2011

Jangan boikot sidang SUPP

GEORGE Chan Hong Nam (kiri) berjabat tangan dengan Peter Chin Fah Kui selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat SUPP di Kuching, Sarawak, semalam.

KUCHING, SABTU, 10Disember, 2011:
PRESIDEN Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam berharap kumpulan Timbalan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Wong Soon Koh menghadiri Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) esok dan tidak bertindak memboikotnya.

Beliau berkata, ini kerana Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang berlangsung hari ini mengesahkan TDC akan diteruskan selain memutuskan proses pemilihan di peringkat cawangan sebelum ini adalah betul dan mengikut peraturan, lapor SOPI SAMAILE

Menurutnya, meskipun kehadiran anggota CWC pada mesyuarat hari ini hanya 68 daripada 126 orang, ia berjalan lancar dan mencukupi syarat bagi memutuskan perkara tersebut.

“Mengenai dakwaan sebelum ini (wujud penyelewengan dan kejanggalan dalam proses pemilihan beberapa cawangan), CWC telah menerima aduan itu dan kita telah memutuskan ia mengikut peraturan dan TDC tetap diteruskan.

“Tindakan boikot dan ugutan letak jawatan oleh kumpulan Soon Koh pula, kita tidak bincangkan dalam mesyuarat semalam.

"Tetapi apa boleh buat, ini negara bebas dan demokrasi dan ia terpulang kepada mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat CWC, di Ibu Pejabat SUPP, di sini hari ini.

Semalam, kumpulan Soon Koh yang merupakan calon jawatan Presiden mengumumkan akan memboikot TDC parti tersebut, dirasmikan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

Soon Koh yang merupakan Menteri Kewangan Kedua negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan akan ditentang oleh seorang lagi calon Presiden iaitu Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yang merupakan Ahli Parlimen Miri merangkap Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Persaingan merebut jawatan Presiden berlaku apabila George Chan tidak mempertahankan jawatan berkenaan selepas tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau pada pilihan raya negeri baru-baru ini.

Sementara itu, Fah Kui pada sidang akhbar yang sama berkata beliau amat sedih dengan tindakan kumpulan Soon Koh yang memboikot TDC sekali gus menjauhkan diri daripada acara penting parti. UM

No comments:

Post a Comment