My Add

Monday 26 December 2011

Jangan terperangkap sandiwara Anwar

KUALA LUMPUR, ISNIN, 26 Disember, 2011: Orang ramai diminta tidak terperangkap dengan sandiwara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sekali lagi mahu mengheret rakyat dalam isu moralnya menerusi Kempen Bebaskan Anwar 901.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, Anwar umpama mengetahui beliau akan dijatuhkan hukuman bersalah dan mengharapkan simpati rakyat.

"Adakah kerana seorang individu, maka kita sanggup membiarkan negara menjadi kacau-bilau.

"Rakyat terutamanya mahasiswa perlu berfikir sebaik-baiknya kesan jika ketegangan akibat demonstrasi liar berulang kembali," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas desas-desus gerakan besar-besaran membabitkan pelbagai aktiviti yang sedang diatur pihak tertentu bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar menjelang keputusan perbicaraan kes liwat pada 9 Januari ini.

Beliau berkata, Anwar sepatutnya bersara daripada politik jika benar ingin menyumbang kepada negara.

"Serahkan kepada badan kehakiman negara. Jika beliau disabitkan bersalah dan tidak berpuas hati, rayuan masih boleh dibuat di Mahkamah Rayuan," ujarnya.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, rakyat diminta tidak mudah terpedaya dengan strategi Ketua Pembangkang yang cuba menunjukkan seolah-olah dia menjadi mangsa konspirasi.

"Beliau juga dilihat semakin terdesak dan menggunakan mahasiswa serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu untuk mengganggu-gugat kestabilan negara.

"Usaha ini tidak wajar disokong rakyat. Belum ada keputusan mahkamah sudah mula berkempen untuk membebaskannya," jelasnya.

Anuar berkata, Anwar sepatutnya berani menerima keputusan dan tidak melibatkan rakyat dalam kes liwatnya. 

No comments:

Post a Comment