My Add

Thursday 22 December 2011

Jangan tuduh UMNO peralat dua pemimpin Pas: Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 Disember, 2011: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak wajar bagi Pas menuduh UMNO memperalatkan dua pemimpin parti pembangkang itu sebagai ejen UMNO berikutan kritikan terbuka mereka terhadap kepimpinan Pas sendiri.

Beliau berkata, UMNO tidak pernah mencampuri urusan dalaman Pas dan ini terbukti apabila bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa sendiri menyifatkan beberapa pihak dalam parti itu cepat melatah ekoran kenyataan beliau sebelum ini.

"Selain kenyataan Nasharudin, kritikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali bahawa Pas perlu kembali ke landasan perjuangan sebenar berdasarkan prinsip Islam, menunjukkan kelemahan di pihak parti itu sendiri,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment