My Add

Sunday 25 December 2011

Jenazah Hamid Othman selamat dikebumikan

ISTERI Allahyarham Abdul Hamid Othman, Jamilah Mohd. Said (duduk), bersama anaknya, Dr. Wafi Nazrin (berdiri) serta cucu-cucunya menyiram dan menabur bunga di pusara arwah yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohol, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, AHAD,  25 Disember, 2011: Jenazah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohol, Jalan Klang Lama dekat sini, kira-kira 2.30 petang semalam.

Terdahulu, jenazah dimandikan di kediaman Allahyarham di Taman Tenaga, Puchong dan disembahyangkan di Masjid Al-Amin dengan diimamkan Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali antara kenamaan dan sahabat handai yang menziarahi jenazah pagi ini.

Dr. Mahathir yang kelihatan menahan sebak, menolak daripada ditemuramah pemberita.

Abdul Hamid, 72, yang juga Penasihat Maju Holdings Sdn. Bhd. meninggal dunia kira-kira 4.45 petang semalam akibat angin ahmar ketika berada di pejabatnya di Maju Junction.

Allahyarham meninggalkan isteri Puan Sri Jamilah Mohd Said, 68, dan seorang anak, Dr. Wafi Nazrin serta lima cucu.

Selain pernah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Allahyarham juga adalah bekas penasihat agama kepada dua perdana menteri iaitu Dr. Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Turut hadir menziarahi jenazah ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha. - MM


TUN Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengaminkan doa di hadapan jenazah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman di kediamannya Taman Tenaga, Puchong di Kuala Lumpur, hari ini. Allahyarham, 72, meninggal dunia dipercayai akibat serangan angin ahmar. - Foto BERNAMA

No comments:

Post a Comment