My Add

Monday 19 December 2011

Kastam yakin kutip RM30 bilion tahun ini

LANGKAWI, ISNIN, 19 Disember, 2011: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yakin mencapai sasaran mengutip cukai sebanyak RM30 bilion tahun ini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf.

Katanya, setakat ini KDRM sudah berhasil mengutip RM29 bilion yang juga jumlah tertinggi pernah dikutip jabatan itu.

Mengenai dadah, beliau berkata KDRM berjaya merampas bahan larangan itu bernilai RM166.6 juta iaitu peningkatan sebanyak empat kali ganda berbanding tahun lalu sebanyak RM44.4 juta sahaja.

"Rampasan besar ini dicapai hasil peningkatan penguatkuasaan oleh KDRM," katanya kepada pemberita sempena Mesyuarat Pengarah Kastam Se-Malaysia ke-67 di sini, hari ini.

Mohamed Khalid berkata, rampasan itu hasil kejayaan KDRM membanteras 83 kes, 34 daripadanya di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, rampasan barang dagangan seperti rokok dan minuman keras sehingga kini bernilai RM483.9 juta berbanding RM507.6 juta tahun lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment