My Add

Thursday 8 December 2011

Kerjasama dua negara diperkukuh

NAJIB Tun Razak dan Gurbanguly Berdimuhamedov bertukar-tukar dokumen perjanjian pada pertemuan delegasi kedua-dua negara di Putrajaya, semalam. - Utusan/HANAFI KHAMIS

PUTRAJAYA, KHAMIS, 08 Disember, 2011:
PERDANA Menteri menyifatkan penubuhan pejabat kedutaan Malaysia di Ashgabat, Turkmenistan pada minggu ketiga bulan ini sebagai bukit komitmen dan hasrat kerajaan untuk terus menyatu dan meningkatkan lagi hubungan dua hala dengan negara tersebut.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah tersebut menunjukkan Malaysia bukan hanya bersedia menjadi rakan rapat tetapi rakan sebenar dalam hubungan dua hala dengan negara itu, sama ada di bidang baru atau sedia ada.

''Saya ingin tegaskan bahawa komitmen kami adalah untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala sedia ada serta meluaskan rangka kerjasama dalam bidang-bidang yang mempunyai kepentingan bersama," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov selepas mengadakan perbincangan dua hala sempena lawatan rasmi Gurbanguly selama tiga hari ke negara ini bermula kelmarin di sini, semalam.

HASHNAN ABDULLAH dan NAZMIL NASIRUDDIN melaporkan Najib memberitahu, dalam perbincangan dua hala yang disifatkan sangat produktif itu turut menyentuh penglibatan Petronas dalam aktiviti pengeluaran gas di Laut Kaspian yang sehingga kini membabitkan pelaburan lebih RM17 bilion.

''Petronas juga bersedia untuk terlibat dalam aktiviti hiliran petrokimia di Turkmenistan," katanya.

Beliau berkata, satu lagi perkara yang penting adalah membabitkan pembinaan modal insan yang mana Petronas bersedia meningkatkan jumlah rakyat Turkmenistan untuk dilatih dalam bidang minyak dan gas.

''Sehingga kini, Petronas telah melatih kira-kira 110 warga Turkmenistan di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan syarikat minyak negara itu juga turut menyediakan latihan teknikal dan vokasional di negara tersebut.

''Kita juga bersetuju untuk bekerjasama bagi membangunkan institut minyak dan gas di negara itu dan Petronas boleh menghantar tenaga pengajar serta pentadbirannya ke institut itu," katanya.

Dari segi hubungan dagangan pula, beliau berkata, walaupun ia menunjukkan peningkatan sejak kedua-dua negara menjalinkan hubungan dua hala kira-kira 40 tahun lalu tetapi jumlahnya masih kecil.

''Paras dagangannya masih kecil iaitu RM248 juta dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini dan diharapkan ia dapat ditingkatkan pada masa depan," katanya.

No comments:

Post a Comment