My Add

Saturday 10 December 2011

Korporat diminta buka peluang pekerjaan golongan kerdil

KUCHING, SABTU, 10 Disember, 2011:
PERTUBUHAN Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM) mahu syarikat korporat supaya lebih yakin dengan golongan berkenaan bagi menawarkan mereka peluang pekerjaan.

Presidennya, Jasmi Shafie, berkata golongan orang kerdil mendapat sokongan pekerjaan sepenuhnya dalam sektor awam namun masih kurang daripada sektor swasta.

"Golongan terbabit perlu diberi peluang dan kepercayaan untuk memikul kerja di sektor korporat. Kami tidak diterima kerana kurangnya keyakinan daripada majikan terhadap kami," katanya pada majlis suai kenal anjuran PKOKM dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak di sini, hari ini.

Beliau berkata, daripada kira-kira 2,000 golongan kerdil yang terdapat di negara ini hanya kira-kira 600 termasuk 30 dari Sarawak dan 15 dari Sabah berdaftar dengan PKOKM.

"Tiga peratus orang kerdil turut berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment