My Add

Monday 19 December 2011

KR1M diperluas ke Sarawak mulai tahun depan: Rohani Karim

KUCHING: Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan dibuka di negeri ini mulai tahun depan, bagi memastikan penduduk Sarawak juga berpeluang menikmati produk berkualiti pada harga berpatutan. 

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Karim, berkata sekurang-kurangnya tiga KR1M akan diwujudkan iaitu di Kuching, Sibu dan Miri.

"Ketika ini kementerian sedang dalam perbincangan dengan pihak Mydin untuk mengenal pasti lokasi strategik untuk kedai 1Malaysia dan pada masa sama berharap syarikat itu dapat menjadi pembekal produk 1Malaysia untuk kedai-kedai lain di negeri ini," katanya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas pelancaran program "Kembali ke Sekolah" di sini, hari ini, berkata produk berjenama 1Malaysia tersebut juga dijual di kedai yang memohon, selain boleh dijual di stesen minyak dan kedai koperasi. 

Sementara itu, mengulas isu berbeza Rohani berkata, pihaknya kini meningkatkan pemantauan terhadap peniaga bagi mencegah kenaikan harga barangan, berikutan pemberian Bantuan 1Malaysia (BR1M) dan kenaikan gaji penjawat awam di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selain bonus setengah bulan gaji. 

Kementerian tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan undang-undang terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya, katanya. 

Selain itu, kementerian juga akan melancarkan skim kawalan harga musim perayaan bermula 23 hingga 27 Disember ini untuk 12 produk tertentu sempena sambutan Hari Krismas, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment