My Add

Wednesday, 14 December 2011

Malaysia sasar sektor kuasa solar Sri Lanka

CHENNAI, RABU, 14 Disember, 2011: 
BEBERAPA penyedia perkhidmatan prasarana dan pembinaan Malaysia memuktamadkan misi pemasaran ke Sri Lanka dengan jualan berpotensi RM16.3 juta. 

Syarikat itu adalah sebahagian daripada misi pemasaran dua hari Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) ke negara Asia Selatan itu.

"Produk yang mendapat sambutan selain bahan binaan ialah produk berkaitan kuasa solar untuk menampung permintaan semakin meningkat bagi sumber kuasa alternatif di negara itu," kata Pesuruhjaya Matrade di Chennai, Shah Nizam Ahmad.

Sri Lanka yang memerlukan sejumlah besar kuasa sedang dalam proses membangunkan tenaga solar sebagai alternatif kepada biomas dan kuasa hidro untuk menyediakan sumber utamanya terhadap pertumbuhan pesat ekonominya. 

Negara itu, dengan penduduk seramai 20 juta orang, bakal meningkatkan tenaga boleh diperbaharui bukan konvensional kepada 10 peratus menjelang 2015. 

Misi pelaburan itu yang berlangsung dari 6 dan 7 Disember, adalah untuk memperkenalkan kepakaran Malaysia di negara berkenaan yang sedang sibuk menaik taraf kemudahan prasarananya. 

Syarikat pembinaan utama Malaysia membangunkan sejumlah 13 projek di Sri Lanka bernilai AS$365 juta (kira-kira RM1 bilion) sehingga tahun ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment