My Add

Thursday 22 December 2011

Mustafa dakwa ada bukti kaitan Hasan Ali dengan UMNO

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 Disember, 2011: Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dengan agenda UMNO.

Sambil merujuk kepada satu pertemuan antara Hasan dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa di sebuah hotel bersama tiga pihak lain pada bulan puasa lalu, Mustafa menegaskan, Hasan tidak boleh beranggapan pergerakan beliau tidak diketahui oleh pemimpin Pas lain.

''Saya mahu tanya apa yang dibincangkan pada pertemuan itu. Adakah ia berkaitan dengan politik atau ekonomi?

''Begitu pun saya tidak memaksa beliau untuk menjawab atau menafikannya. Terpulanglah kepada beliau,'' katanya pada sidang media di Bangunan Pas di sini hari ini. - Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment