My Add

Monday 19 December 2011

Najib harap sokongan rakyat berterusan

NAJIB Tun Razak dengan diiringi Mohd. Rosdi Alizah (tiga dari kiri) bersalaman dengan tetamu pada majlis Himpunan Anak-Anak Pekan di Dewan Tun Razak, PWTC, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR, 19 Disember, 2011: Kira-kira 6,000 anak Pekan, Pahang hadir pada Himpunan Anak-Anak Pekan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.

Majlis bersempena ulang tahun ke-10 Kelab Anak Wawasan Pekan (Kawan) selaku penganjur majlis yang dinaungi Najib itu merupakan perhimpunan terbesar anak-anak Pekan setakat ini.

Dalam ucapannya, Najib berikrar bahawa beliau selaku ketua kerajaan dan Ahli Parlimen Pekan akan terus mengabdikan diri kepada masyarakat di kawasan tersebut.

Justeru, beliau mengharapkan kepercayaan dan sokongan yang berterusan untuk membawa pembangunan dan perubahan besar di kawasan itu.

“Tidak kira mereka yang berada di Pekan atau di luar, kemajuan tidak mungkin jadi kenyataan jika saya tidak mendapat sokongan padu daripada tuan dan puan sekalian.

“Saya ini seperti pokok yang rendang, bila pokok ini mengeluarkan hasil (buah), buahnya akan gugur ke bawah, ia tidak akan gugur ke tempat lain,” katanya.

Hadir sama Presiden Kawan, Mohd. Rosdi Alizah.

Majlis berslogan Kawan Satu Malaysia, Klorge Kawan Besor itu turut memberi pengiktirafan kepada tiga bekas Presiden Kelab Kawan yang menjayakan perjuangan kelab itu sejak ditubuhkan pada 2002. - UM

No comments:

Post a Comment