My Add

Thursday 8 December 2011

Najib lancar tapak projek dan Pusat Discovery Geopark Kilim

LANGKAWI, KHAMIS, 08 Disember, 2011:
DATUK Seri Najib Razak sebentar tadi merasmikan tapak Projek Kilim dan Pusat Discovery Geopark di Jeti Kilim, di sini. 

Pelancaran projek itu adalah sebahagian daripada Pelan Induk Pelancongan Langkawi yang dilancarkan Najib sebelum itu.

Berucap pada majlis perasmian berkenaan, Perdana Menteri berkata, sokongan rakyat Pulau Langkawi amat penting bagi memastikan kejayaan pelaksanaan Pelan Induk Pelancongan Langkawi.

"Pelan transformasi di pulau ini tidak akan berjaya tanpa sokongan dan bersandarkan kepada rakyat. 

"Perubahan besar ini adalah untuk masa depan rakyat Langkawi ," katanya. 

Katanya, apabila Pusat Discovery Geopark itu siap nanti, ia akan menjadi produk pelancongan terbaru di pulau berkenaan.

No comments:

Post a Comment