My Add

Monday 5 December 2011

Najib puji PM Qatar makmurkan negara


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyambut kedatangan rakan sejawatannya dari Qatar, Sheikh Hamad Bi Jassim Bin Jabr Thani di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang untuk Lawatan Kerja selama tiga hari. - Foto Izhari Ariffin

PUTRAJAYA, ISNIN, 05 Disember, 2011: DATUK Seri Najib Razak memuji rakan sejawatannya dari Qatar, Sheikh Hamad Jassim Jabr Thani, kerana berjaya memimpin negara itu menjadi stabil dan makmur. 

"Kita tidak mendengar apa-apa masalah di Qatar, jadi keadaan di sana tentunya baik sekali dan ini adalah bukti mengenai kepimpinan yang cekap," kata Perdana Menteri pada jamuan tengah hari di Seri Perdana untuk meraikan Sheikh Hamad dan rombongan yang tiba hari ini untuk lawatan tiga hari.

Turut hadir, Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa menteri kabinet.
Sebelum itu, Sheikh Hamad mengadakan perbincangan dua hala dengan Najib. Malam ini, beliau dan rombongan berlepas ke Langkawi untuk menghadiri Pameran Maritim dan Aero Angkasa Langkawi (LIMA) bermula esok. 

Mengenai perbicangan mereka, Najib berkata ianya amat produktif dan kedua-dua negara berharap dapat menjayakan perkara-perkara yang sudah dipersetujui. 

Perdana Menteri berkata, beliau berharap untuk meyakinkan Sheikh Hamad agar Qatar akan membuat pelaburan di Langkawi. 

Sheikh Hamad pula berkata, hubungan baik antara Malaysia dan Qatar boleh dijadikan teladan kepada kedua-dua rantau. 
"Saya harap hubungan ini akan terus memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment