My Add

Tuesday 20 December 2011

NGO desak ambil tindakan ke atas SMM

KUALA LUMPUR, SELASA, 20 Disember, 2011: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendesak Kementerian Pengajian Tinggi bertanggungjawab terhadap tindakan sekumpulan ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang menurunkan bendera memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Sabtu lalu.

Presiden Tetap Majlis Belia Selangor, Nor Akmal Ibos berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap ahli SMM yang terlibat supaya mereka tidak mengulangi perbuatan biadab tersebut yang sekali gus mencemarkan imej mahasiswa.

“Kementerian perlu mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan biadab ini kerana mencemarkan imej golongan mahasiswa. Tindakan ini juga boleh mengelakkan persepsi sesetengah pihak bahawa perbuatan tidak bermoral itu mendapat sokongan kementerian.

“Selain itu, perbuatan ini juga bertentangan dengan ajaran Islam yang mengamalkan sikap bersopan-santun dan menghormati orang lain,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan kira-kira 200 mahasiswa berkumpul dan berarak untuk menggesa AUKU dimansuhkan kerana didakwa, antaranya menyekat kebebasan akademik, hak untuk berpolitik, kebebasan bersuara dan diberi autonomi menjalankan pilihan raya kampus. - UM

No comments:

Post a Comment