My Add

Sunday 4 December 2011

Orang UMNO sahut gendang pilihan raya

KUALA LUMPUR, AHAD, 04 Disember, 2011: PENDEKATAN Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengambil kesempatan mengkritik' habis-habisan dan mendedahkan segala kepincangan parti-parti pembangkang ketika menggulung perbahasan dilihat melengkapkan kekuatan kepada orang UMNO untuk pulang ke kawasan masing-masing bagi menyahut gendang pilihan raya umum.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia adalah pendekatan yang berbeza berbanding ketika Najib menyampaikan ucapan dasar Presiden apabila beliau lebih menekankan soal sejarah UMNO dan mahu para perwakilan membincangkan isu-isu dasar masa depan parti.

''Ini merupakan satu perancangan yang memang sengaja Presiden lakukan. Kalau awal-awal masuk gear pilihan raya, tidak mungkin pembahas membincangkan perkara-perkara yang menentukan masa depan UMNO.

''Namun, apabila menggulung di hujung perbahasan dan ini mungkin perhimpunan terakhir sebelum pilihan raya umum, maka memang war cry, beliau bangkit menyahut (menyerang), lebih-lebih lagi melihat sambutan membanggakan daripada para perwakilan," katanya kepada pemberita sejurus selesai Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Sebelum ini terdapat beberaapa pandangan yang dikemukakan oleh pemerhati politik termasuk penulis blog bahawa ucapan dasar Najib pada Khamis lalu kelihatan mendatar dan tidak banyak menyerang pembangkang secara terbuka ketika UMNO dilihat berada pada kedudukan lebih baik untuk mengatasi lawan politiknya.

Hishammuddin berkata, sebelum ini ada orang mengatakan transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri tidak dapat diikuti oleh ahli-ahli UMNO sendiri selain tidak diterima oleh para pemimpin Melayu.

''Dalam konteks ketiga-tiga transformasi (kerajaan, ekonomi, politik), transformasi politik adalah yang paling sukar. Nah...hari ini mereka (perwakilan) bukan sahaja memutuskan dan bersetuju dengan usul kita bentangkan malah berikrar dan berbai'ah bahawa apa yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Najib diteruskan dan kita berada di belakang beliau," katanya.aa - MM

No comments:

Post a Comment