My Add

Wednesday 21 December 2011

Pasukan pemerhati Liga Arab tiba di Syria, Khamis ini

KAHERAH, RABU, 21 Disember, 2011: Pasukan pemerhati pertama Liga Arab akan tiba di Dasmyik pada Khamis ini untuk memantau keadaan di Syria dalam usaha menamatkan pertumpahan darah di negara itu.

Setiausaha Agung Liga Arab, Jeneral Ahmed Bin Helli berkata, pasukan pemerhati itu terdiri daripada anggota keselamatan, pegawai undang-undang dan pentadbiran serta turut disertai pakar hak asasi manusia.

"Pasukan pemerhati yang pertama diketuai oleh Penolong Setiausaha Agung Liga Arab, Jeneral Samir Seif al-Yazal akan dihantar ke Damsyik pada Khamis ini," katanya.

Sementara itu di DAMSYIK, Presiden Syria, Bashar al-Assad meluluskan undang-undang yang mengenakan hukuman mati terhadap rakyatnya yang melakukan keganasan bersenjata, lapor media semalam.

Agensi berita SANAA berkata, sesiapa yang membantu atau menyediakan senjata dengan niat melakukan aktiviti keganasan akan dikenakan hukuman mati. – AFP

No comments:

Post a Comment