My Add

Thursday 22 December 2011

Pembangkang politikkan isu loji nadir bumi

SOI LEK bersama Penganjur Ecogreen X'Mas Forum, Lim Teck Hoe (kiri) di auditorium Pusat Sains Negara.
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 Disember, 2011: Pembangkang didakwa mempolitikkan pembinaan Loji Pemerosesan Nadir Bumi (Lynas) menjadi isu sensitif bagi mencapai matlamat mereka supaya projek itu ditangguhkan, selain menyemai kebencian kepada kerajaan Barisan Nasional (BN). 

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata ini berikutan mereka dan badan bukan kerajaan (NGO) saja melihat loji berkenaan adalah berbahaya walaupun pakar sains dan teknologi sudah membuktikan sebaliknya.

“Pada hari ini, mereka (pakar sains dan teknologi) dapat mengesan radioaktif berbahaya dan saya tidak percaya Kerajaan Pahang dan Kerajaan Pusat tidak sensitif serta bertanggungjawab dengan meletakkan kilang radioaktif berkenaan di Kuantan jika ia berbahaya.
“Jika anda bernafas sama dengan orang lain, maka semua ahli politik di Kuantan juga bernafas menggunakan udara sama seperti mereka yang menetap di kawasan berkenaan. 

“Adakah anda mengatakan udara yang masuk ke dalam kediaman Menteri Besar Pahang (Datuk Seri Adnan Yaakob) dan ahli politik BN di sana adalah berbeza dengan kediaman penduduk lain. Saya berpendapat ia adalah tidak adil untuk berkata demikian dan ia adalah emosi yang dimainkan oleh NGO... ini adalah contoh terbaik,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian ‘All I want is an EcoGreen X’Mas Forum’ di Pusat Sains Negara di sini, semalam. 

Sebelum ini, pembinaan kilang oksida nadir bumi bernilai RM700 juta oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd di Estet Perindustrian Gebeng, itu mencetuskan kontroversi berikutan ia akan mengeluarkan radiasi membahayakan kesihatan orang ramai. - BH

No comments:

Post a Comment