My Add

Monday 12 December 2011

Pembinaan Balai Bomba Kinabatangan kini 98 peratus siap

KOTA KINABALU, ISNIN, 12 Disember, 2011: 
PROJEK pembinaan balai bomba dan penyelamat di Kinabatangan kini sudah 98 peratus siap, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim. 

Beliau berkata, kewujudan balai bomba dan penyelamat di daerah itu perlu berikutan pertambahan penduduk, selain bagi menghadapi kejadian banjir yang sering melanda Kinabatangan.

Ketika ini penduduk di situ terpaksa bergantung kepada balai bomba dan penyelamat di Sandakan, iaitu kira-kira 100 kilometer dari Kinabatangan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Ketua Balai, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Wan Mohd Nor berkata, jabatannya akan mempertimbangkan pembinaan balai bomba dan penyelamat tambahan di Sabah. 

"Buat masa ini, masih ada projek pembinaan balai bomba dan penyelamat yang perlu disiapkan. 

"Jabatan juga sedang memberi fokus dalam meningkatkan kemahiran anggota dalam situasi kebakaran dan menyelamat," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment