My Add

Wednesday 7 December 2011

Pembinaan PBR di Sabah, Sarawak dijangka siap akhir tahun ini

SEMPORNA, RABU, 07 Disember, 2011:
PEMBINAAN408 unit rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) di Sabah dan Sarawak yang dipertanggungjawabkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini. 

Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar, berkata pembinaan 378 unit rumah PBR di Sarawak dan 30 unit lagi di Sabah di bawah Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS) kini 87 peratus siap.

"Cabaran memang banyak dan tidak mudah sebab kawasan yang diberikan kepada kami ialah kawasan yang sukar untuk membawa bahan binaan secara biasa. Kami terpaksa angkat barang menggunakan bot panjang. Jadi kami banyak menggunakan inovasi dan kreativiti untuk melaksanakan projek.

"Ada sesetengah tempat di Sarawak, kami terpaksa menaiki bot panjang selama empat jam menyusuri sungai untuk sampai di lokasi pembinaan untuk membawa barang binaan," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat pencapaian pembinaan rumah PBR di Semporna di sini, hari ini. 

Selain diberi taklimat, Mohd Zaki turut di bawa melawat lokasi pembinaan PBR di Pulau Menampilik, Pulau Bait, Pulau Pababak dan di tanah besar Semporna sendiri bagi melihat pencapaian projek yang dilaksanakan anggotanya. 

Mohd Zaki berkata, cabaran yang dihadapi itu tidak menjadi halangan untuk anggotanya membina rumah berkenaan mengikut jadual bagi memastikan pemilik rumah dapat mendiami rumah mereka secepat mungkin. 

Beliau berkata, keunikan PBR yang dilaksanakan ATM dengan diketuai bahagian kejuteraan turut disertai penduduk setempat yang secara langsung mampu merapatkan hubungan antara pasukan keselamatan dan masyarakat kampung.
Program ini juga memberi peluang kepada ATM untuk menyumbang bakti kepada masyarakat khususnya golongan susah dan membantu menjayakan program kerajaan, katanya. 

Mengenai pencapaian pembinaan PBR di Semporna, Modh Zaki berkata daripada 30 rumah yang dibina di daerah itu, 10 daripadanya siap manakala 20 lagi sudah 80 peratus siap. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment