My Add

Thursday 8 December 2011

Presiden Turkmenistan akhiri lawatan tiga hari ke Malaysia

SEPANG, KHAMIS,  08 Disember, 2011:
PRESIDEN Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov berlepas pulang hari ini, selepas menamatkan lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia.

Pesawat membawa beliau dan anggota rombongan berlepas kira-kira pukul 2.55 petang dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Hadir bagi mengucapkan selamat jalan ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Lawatan itu merupakan julung kali oleh Berdimuhamedov sejak menjadi Presiden pada 14 Februari 2007. - Bernama

No comments:

Post a Comment