My Add

Saturday 3 December 2011

Pupuk budaya fikir dan debat secara sihat - Rosnah Shirlin

KUALA LUMPUR, SABTU  03 Disember, 2011:
USAHA untuk menggalakkan dan memupuk budaya berfikir dan berdebat secara sihat dan bukannya berakar kepada tohmahan berpucuk fitnah perlu diwujudkan, kata Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Katanya, selain itu kerajaan juga perlu menubuhkan Pusat Bakat di setiap komuniti bagi tujuan pembangunan bakat yang seimbang, selain mewujudkan Bank Idea yang menghimpunkan inovasi baru pencipta Bumiputera bagi memastikan inovasi itu dipaten segera dan tidak diciplak.

Itu adalah antara sebahagian cadangan Puteri UMNO dalam usaha menswadayakan hak rakyat dan mendahulukan keperluan mereka, katanya semasa menggulung perbahasan Pergerakan Puteri UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini hari ini.

Menyentuh mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Rosnah berkata, pergerakan itu yang mewakili tiga kelompok iaitu golongan muda, wanita dan golongan penentu, dengan 365,108 anggota, akan terus mendampingi generasi muda dan merekayasa media baru sebagai senjata.

"Kalah pilihan raya ini bukan sekadar kita hilang majoriti, tetapi kita mengiyakan perjuangan nenek moyang kita dipijak, dihina, dibunuh, dikubur dan ditalkinkan oleh pembelot dan pengkhianat bangsa,” katanya. — Bernama

No comments:

Post a Comment