KUALA LUMPUR, RABU, 07 Disember, 2011:
SAMAN fitnah berhubung program Tabung Budi yang dibawa Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mencapai penyelesaian.
Hakim Mahkamah Tinggi Amelia Tee Hong Geok Abdullah mencatatkan terma penyelesaian oleh kedua-dua pihak dalam kamar.
Peguam Firdaus Husni, yang mewakili Abdul Khalid, memberitahu pemberita bahawa kedua-dua pihak telah mencapai satu persetujuan bagi menyelesaikan perkara itu.
"Plaintif (Syabas) menarik balik tindakan itu. Hari ini kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk menyelesaikan tindakan itu (saman),” katanya.
Peguam S.Ravindran yang mewakili Syabas memberitahu pemberita bahawa perbincangan diadakan antara kedua-dua pihak berhubung penyelesaiannya pada Isnin apabila saman itu didengar di hadapan Hakim Amelia.
"Saman itu tidak akan diteruskan lagi, perkara itu telah selesai,” katanya.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan terma penyelesaian, dengan berkata ia adalah sulit. - Bernama
No comments:
Post a Comment