My Add

Tuesday 20 December 2011

Setiausaha Agung PAS hilang arah: Hasan Ali

PETALING JAYA, SELASA, 20 Disember, 2011: Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan serangan negatif Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapa Ali, terhadapnya sebagai perbuatan sombong dan bongkak. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu berkata, kenyataan Mustapa bahawa beliau terperangkap dalam permainan UMNO bagi melemahkan Pas itu berniat jahat.

"Setiausaha Agung Pas menggunakan kuasanya melatah dan seperti hilang arah hingga sanggup bermain dengan api fitnah," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Dr Hasan menggesa Mustapa memberikan jawapan secara berfakta dalam tempoh terdekat berhubung perkara itu.

Baru-baru ini, Mustapa mengeluarkan kenyataan bahawa Hasan terperangkap dengan mainan UMNO dan terbabit dalam agenda melemahkan Pas.

No comments:

Post a Comment