My Add

Monday 12 December 2011

Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah selamat pulang

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 12 Disember, 2011:
SULTAN Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Nur Zahirah selamat tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini pada kira-kira 2.02 minit petang ini.

Keberangkatan balik baginda berdua ke Terengganu adalah bersempena tamatnya tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Sebelum itu, baginda berdua yang diiringi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, menaiki pesawat yang diiringi dua jet pejuang Sukhoi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Ketibaan baginda berdua disambut oleh anakanda Tengku Muhammad Ismail yang juga Pemangku Sultan Terengganu serta anggota kerabat diraja Terengganu yang lain.

Kira-kira 15,000 rakyat jelata daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk penjawat awam, warga institusi pengajian tinggi, dan golongan pelajar bertumpu ke jalan raya dari lapangan terbang hingga ke Istana Maziah sejauh kira-kira 16 kilometer bagi menyambut baginda berdua. – Bernama

No comments:

Post a Comment