My Add

Monday 26 December 2011

Taman ular Perlis bakal jadi zoo mini

KANGAR, ISNIN, 26 Disember, 2011: Taman Ular dan Reptilia Perlis di Sungai Batu Pahat dekat sini akan dinaiktaraf menjadi zoo mini sejajar dengan kedudukannya di lokasi pelancongan terbesar di negeri ini, kata Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) Kassim Zakaria. 

Beliau berkata, setakat ini taman yang menempatkan 328 ular berbisa dan tidak berbisa itu adalah taman ular dan reptilia terbesar di negara ini yang menerima kunjungan pelancong dalam dan luar negara.

"Sehingga November lalu, lebih 120,000 pelancong dalam dan luar negara melawat Taman Ular dan Reptilia dan angka itu akan bertambah lagi dengan penganjuran Karnival Kucing Comel 2011 yang julung kali diadakan," katanya di sini sempena penganjuran karnival selama dua hari itu.

PKENPs meletakkan sasaran sebanyak 500,000 pengunjung akan melawat taman itu bagi tempoh tiga tahun mulai tahun ini dan angka itu diyakini boleh dicapai melalui pelbagai kegiatan sampingan yang dianjurkan di taman itu. 

Taman Ular dan Reptilia yang terletak di pinggir banjaran Nakawan yang menjadi dinding pemisah Malaysia dan Thailand itu turut dikelilingi dengan beberapa tarikan pelancongan termasuk taman herba, ladang anggur, ladang harumanis dan padang golf. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment