My Add

Thursday 8 December 2011

Tiada rancangan bina kem baru: Zahid Hamidi.

LANGKAWI, KHAMIS, 08 Disember, 2011: 
KERAJAAN hanya akan membina kem baru atas keperluan strategik dan bukan kerana program pembesaran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Beliau berkata, buat masa sekarang, tidak ada kem baru yang akan dibina tetapi Kementerian Pertahanan sudah memohon peruntukan RM500 juta untuk membaik pulih rumah anggota tentera yang uzur di lebih 100 kem tentera.

"Tidak ada rancangan untuk buat kem baru kerana pada hemat kerajaan kem sedia ada sudah mencukupi, tapi di masa akan datang jika keperluan mungkin bertambah atas sebab strategik," katanya selepas merasmikan perumahan baru anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) di pengkalan TLDM Markas Wilayah 3, Bukit Malut, Langkawi.

Beliau berkata, pembinaan kem di kawasan strategik tidak ada kaitan dengan penambahan anggota tentera kerana kerajaan mahu menjimatkan kos. 

Sebaliknya, katanya, kerajaan mahu membesarkan keanggotaan dalam pasukan askar simpanan kepada satu anggota Wataniah untuk setiap anggota tetap menjelang 2025. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment