My Add

Tuesday 20 December 2011

Tindakan biadab cemar imej mahasiswa

KUALA LUMPUR, SELASA, 20 Disember, 2011: Tindakan liar sekelompok mahasiswa menurunkan bendera yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai biadab serta mencemarkan imej mahasiswa.

Ketua Wira Perkasa, Ir.Wan Fahmi berkata, perbuatan mereka sebenarnya telah memalukan bangsa mereka sendiri dan tidak mencerminkan peribadi sebenar seorang mahasiswa.

"Mereka sebagai seorang mahasiswa patut bertindak dengan matang dan berakhlak mulia, apatah lagi mereka ini mewarisi budaya Melayu yang beradab sopan dan mengikut ajaran Islam.

"Mereka sepatutnya bakar dan pijak gambar pemimpin-pemimpin yang menjual agama Islam bagi tujuan politik atau pemimpin yang menunjukkan akhlak yang tidak bermoral," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai tindakan biadab peserta demonstrasi anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) yang menurunkan bendera Najib di pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semasa menyerahkan memorandum bantahan berhubung Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) kepada UMNO.

Tambah Irwan, permintaan mahasiswa ini sebenarnya tidak mencerminkan pendirian keseluruhan mahasiswa di negara ini, sebaliknya ia adalah permintaan pihak yang berada di belakang mahasiswa ini. - UM

No comments:

Post a Comment