My Add

Monday 26 December 2011

Tujuh maut, 32 cedera dalam letupan kereta berisi bom di Iraq

BAGHDAD, ISNIN, 26 Disember, 2011: Sekurang-kurangnya tujuh individu maut dan 32 yang lain cedera apabila pengebom berani mati bertindak nekad meletupkan kereta berisi bom di pintu masuk utama ke Kementerian Dalam Negeri Iraq, hari ini. 

Serangan itu adalah susulan siri pengeboman minggu lalu yang menyebabkan sehingga 70 orang terbunuh dalam sehari sekali gus meningkatkan kebimbangan mengenai masa depan Iraq selepas tentera Amerika Syarikat beredar dari negara berkenaan baru-baru ini.

Dua pegawai polis berkata, letupan itu berlaku pada awal pagi ketika waktu puncak dan memusnahkan satu daripada beberapa penghadang keselamatan yang diletakkan di sekeliling bangunan kementerian berkenaan.

Katanya, lima anggota polis antara individu yang terkorban. 
Sementara itu, dua doktor di hospital berdekatan mengesahkan angka kematian berkenaan. 


Kem penentang Iran di Iraq dibedil
Sementara itu, dua bom mortar mengenai kem puak penentang Iran di Iraq hanya beberapa hari selepas Baghdad melanjutkan tarikh akhir penutupan hujung tahun ini ketika PBB merundingkan penempatan 3,000 penghuni di situ. 

Bom mortar itu mendarat di kem Ashraf, markas People's Mujahideen Organization of Iran (PMOI), kumpulan pembankang Iran yang dianggap secara rasmi oleh Amerika Syarikat dan Iran sebagai kumpulan pengganasa.

Kem itu terletak 65 kilometer dari Baghdad.
Kenyataan wakil Kem Ashraf menyatakan kem berkenaan terkena roket tetapi tidak merujuk sebarang kemalangan jiwa. - Agensi 

No comments:

Post a Comment