My Add

Friday 9 December 2011

Warga AS dipenjara selepas hina Raja Thailand

BANGKOK, JUMAAT, 09 Disember, 2011: 
MAHKAMAH Thailand menjatuhkan hukuman penjara dua tahun enam bulan ke atas warganegara Amerika Syarikat (AS) kerana menghina Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej. 

Tertuduh yang juga kelahiran Thailand, Joe Wichai Commart Gordon, tampil ke mahkamah dalam keadaan bergari, didapati bersalah mengikut undang-undang lese majeste, atas kesalahan menghina Raja Thailand.

Mahkamah Jenayah Thailand menjatuhkan hukuman lima tahun penjara bagaimanapun ia dikurangkan kepada separuh selepas tertuduh mengaku bersalah menyiarkan biografi Raja Bhumibol Adulyadej yang diharamkan dan dialih bahasa kepada bahasa Thailand. - AFP

No comments:

Post a Comment