My Add

Tuesday 29 May 2012

Amirsham pengerusi baru MIDA

KUALA LUMPUR, SELASA, 29 Mei, 2012: Senator Tan Sri Amirsham Abdul Aziz dilantik sebagai pengerusi baru bagi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkuatkuasa hari ini. 

Amirsham menggantikan Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob yang tempoh perkhidmatannya berakhir semalam selepas memberikan perkhidmatan cemerlang selama lebih dua tahun, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dalam satu kenyataan.

Amirsham memiliki ijazah kepujian dalam Ekonomi daripada Universiti Malaya dan adalah Akauntan Awam Bertauliah. Beliau berkhidmat sebagai pengerusi dan menjadi pengarah dalam beberapa organisasi swasta.

Beliau pernah berkhidmat sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif Maybank, kumpulan perkhidmatan kewangan terbesar di Malaysia selama 14 tahun iaitu dari 1994 hingga 2008. 

Berikutan persaraannya dari Maybank pada Jun 2008, Amirsham dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perangkaan. 

Beliau memegang jawatan menteri hingga 9 April 2009. 

Tan Sri Amirsham juga bekas pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC). 

Mustapa berkata, dengan latar belakangnya yang cemerlang ini, kepimpinan Amirsham sangat berharga kepada MIDA, khususnya dalam konteks usaha MIDA untuk membantu inisiatif transformasi ekonomi kerajaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment