My Add

Tuesday 29 May 2012

Peneroka Felda benteng perjuangan orang Melayu

JEMPOL, ISNIN, 28 Mei, 2012: Peneroka Felda diseru menjadi penggerak dan benteng kepada perjuangan orang Melayu dalam menghadapi anasir yang cuba memecahbelahkan mereka.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana peneroka Felda mewakili sebahagian besar daripada kumpulan orang Melayu di negara ini.

"Saya menyeru supaya warga peneroka dapat mengelak daripada terpengaruh dengan dakyah yang mahu menghancurkan perpaduan orang Melayu terutama di kawasan Felda," katanya kepada peneroka selepas Program Bersama Peneroka Felda di Dewan Felda Palong 9, di sini semalam.

Dalam pada itu, Ibrahim menegaskan, Perkasa tidak pernah menjadi alat kepada mana-mana parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

Katanya, kecenderungan Perkasa menyokong Barisan Nasional (BN) kerana pertubuhan itu melihat parti tersebut lebih baik berbanding pembangkang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment