My Add

Tuesday 29 May 2012

Hiu Woong Sin tarik diri debat dengan Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, SELASA, 29 Mei, 2012: Debat antara Exco Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh dengan Hiu Woong Sin, individu yang mengganggu majlis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di London, dibatalkan. 

Muhammad Khairun berkata Hiu telah menarik diri pada 25 Mei walaupun Hiu terdahulu telah menerima surat pelawaan Pemuda Umno melalui jentera Umno di London pada 18 Mei untuk berdebat dengannya di sana.

"Beliau sebenarnya sudah bersetuju untuk berdebat sehinggalah pada 25 Mei lepas, kami (Pemuda Umno) mendapat maklum balas bahawa beliau menarik diri untuk berdebat apabila surat penarikan diri beliau disiarkan oleh Malaysiakini," katanya pada sidang berita di sini hari ini.

Pada 18 Mei lalu, jentera Umno di London telah menghantar surat pelawaan bagi pihak Pemuda Umno untuk berdebat dengan Hiu dan beliau telah menyatakan kesudiannya untuk berdebat pada hari yang sama menerusi laman twitter peribadinya. 

Pemuda Umno telah mempelawa Hiu berdebat ekoran tindakannya yang berbuat bising dan melaungkan perkataan "Bersih" pada majlis "Sepetang Bersama Perdana Menteri" di London pada 15 Mei lalu. 

Muhammad Khairun mendakwa Hiu hanya "kuat berkokok" kerana apabila Pemuda Umno sediakan platform yang sesuai untuk beliau meluahkan perasaannya, beliau telah menarik diri walaupun pada awalnya sudah bersetuju untuk berdebat. 

Beliau berkata Malaysia tidak menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara, tetapi biarlah ada had dan tidak keterlaluan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment