My Add

Tuesday 29 May 2012

Isteri mendiang Tun Dr Lim Chong Eu meninggal dunia

GEORGETOWN, SELASA, 29 Mei, 2012: Isteri kepada mendiang bekas ketua menteri Pulau Pinang, Tun Lim Chong Eu, Toh Puan Goh Sing Yeng, 93, meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi di kediamannya di Tanjung Bungah di sini kerana sakit tua. 

Anak sulung mendiang, Lim Chien Aun, berkata keadaan kesihatan ibunya semakin merosot sejak kebelakangan ini berikutan faktor usia.

"Ibu saya meninggal dunia di rumah, di sisi kami semua," katanya ketika ditemui di kediamannya di Jalan Haji Sudin, Tanjung Bungah.

Mendiang meninggalkan empat orang anak, dua lelaki (Lim Pao Lin dan Lim Pao Yen) dan dua perempuan (Lim Chien Aun dan Lim Chien Cheng) serta empat cucu dan dua cicit. 

Mendiang dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung minggu ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment