My Add

Tuesday 29 May 2012

Polis edar fotofit suspek lepaskan tembakan

KUANTAN, SELASA, 29 Mei, 2012: Polis hari ini mengedarkan gambar fotofit suspek lelaki yang dipercayai melepaskan tembakan dalam satu pergaduhan di Mentakab pada 25 Mei lalu dalam usaha memburu suspek terbabit. 

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, Deputi Superintendan R Sundralingam, berkata polis masih menyiasat motif pergaduhan dua kumpulan lelaki itu sama ada bermotif dendam, hutang atau sebagainya.

"Kita berharap dengan pengedaran fotofit itu, suspek terbabit akan dapat diberkas.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Temerloh di talian 09-2961222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya kepada BERNAMA, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment