My Add

Tuesday 29 May 2012

Anak maut, Pengarah IKM Perlis parah kemalangan

SUNGAI PETANI, SELASA, 29 Mei, 2012: Kegembiraan empat sekeluarga balik kampung sempena musim cuti sekolah berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut, manakala tiga lagi parah dalam kemalangan di Kilometer 90.8 (arah utara), Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur keluar Sungai Lalang di sini awal pagi ini.

Nahas berlaku kira-kira pukul 6.10 pagi apabila kereta jenis Honda Odyssey yang dinaiki keluarga itu gagal dikawal lalu merempuh belakang sebuah treler yang sarat dengan muatan balak, sebelum dilanggar sebuah lagi kenderaan yang datang dari arah belakang.

Akibat kejadian itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, Mukhrizah Marzuki maut sementara bapanya, Marzuki Mahamad Radzi, 36, yang merupakan Pengarah Institut Kemahiran Mara (IKM) Beseri, Perlis parah. Turut cedera parah ialah kakak Mukhrizah, Muslihah, 6, sementara seorang lagi, Muzafirah, 9, cedera ringan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment