My Add

Tuesday 29 May 2012

PM akan hubungi Raja Arab Saudi bincang isu kuota haji

PUTRAJAYA, SELASA, 29 Mei, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghubungi Raja Arab Saudi, Raja Abdullah dalam masa terdekat bagi membincangkan kedudukan dan permohonan kuota jemaah haji dari Malaysia yang berisiko terjejas ekoran isu perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom semasa memaklumkan perkara itu berkata, isu itu perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan sebarang masalah tidak diingini.

“Isu ini perlu diselesaikan dengan segera kerana kita tidak mahu apabila di saat akhir nanti berlaku pula kejadian yang tidak diingini.

“Jika berlaku sesuatu tindakan dari Arab Saudi, akan berlaku masalah pula kerana semua persiapan menunaikan haji tahun ini seperti sewa kapal terbang, hotel dan melantik syarikat yang membekalkan makanan kepada jemaah sudah selesai sepenuhnya," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment