My Add

Sunday, 24 February 2013

1.5j peniaga kecil perlu daftar SSM

*ISMAIL Sabri Yaakob (tiga dari kiri) bersama pemimpin setempat mengecat dinding sebagai tanda pelancaran PP1M di Medan Selera Triang, Bera, Pahang, semalam.

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD 
BERA, SABTU, 23 Feb. - Sebanyak 1.5 juta penjaja dan peniaga kecil diminta mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi melayakkan mereka dilindungi di bawah skim insurans berkelompok Pelan Insurans 1Malaysia Penjaja dan Peniaga Kecil Nasional (Pimpin).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mana-mana penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan SSM secara automatik dilindungi skim insurans berkenaan dan akan menerima manfaat jika ditimpa musibah.

"Selain kemudahan insurans, penjaja dan peniaga kecil turut menerima insentif pengurangan yuran pendaftaran perniagaan daripada RM30 setahun kepada RM50 untuk tempoh lima tahun," katanya selepas melancarkan Program Penjaja 1Malaysia (PP1M) di Medan Selera Triang di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment