My Add

Saturday, 2 February 2013

34 pendatang tanpa izin ditahan di Tawau

TAWAU, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan 34 pendatang tanpa izin yang cuba memasuki negara ini secara tidak sah melalui perairan Semporna, Rabu lalu.

Ketua Penguatkuasa APMM Tawau, Kapten Maritim Wan Mohd Affandi Wan Ahmad, berkata kesemua mereka yang berumur antara satu dan 50 tahun itu ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

"Kira-kira jam 9 malam, APMM menahan dan memeriksa sebuah bot tempel tanpa nombor pendaftaran yang membawa orang yang dipercayai cuba masuk ke Kampung Simunul, Semporna," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati bot tempel itu melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Akta 670). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment