My Add

Sunday 17 February 2013

79 maut, 180 cedera pasar sesak di barat daya Pakistan dibom

 
QUETTA AHAD, 17 Februari, 2013: Sekurang-kurangnya 79 orang terbunuh termasuk wanita dan kanak-kanak manakala 180 yang lain cedera parah selepas terkena letupan bom yang disasarkan pada puak Syiah dalam sebuah pasar yang sesak di barat daya Pakistan, hari ini.

Bom yang diletakkan di dalam tangki air itu memusnahkan sebuah pasar di bandar Hazara, wilayah yang dikuasai puak Syiah di pinggir bandar Quetta.

"Kami berjaya menemui lebih banyak mayat dalam serpihan runtuhan. Angka kematian kini meningkat kepada 79 orang,” kata Pegawai Kanan Polis Quetta, Wazir Khan Nasir. - AFP

No comments:

Post a Comment