My Add

Friday 22 February 2013


Bantuan Kerajaan Pusat menjana pendapatan golongan rendah

PULAU PINANG, KHAMIS, 21 Februari, 2013: Pemberian pelbagai bantuan oleh Kerajaan Pusat kepada rakyat harus dilihat dari sudut positif terutama kesan kepada aliran ekonomi negara yang akan terus berkembang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, wang yang digunakan penerima bantuan itu akan dimanfaatkan oleh golongan lain seterusnya menjana pendapatan mereka.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan menegaskan, kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan penerima bantuan Kerajaan Pusat umpama haiwan tidak sepatutnya berlaku.

"Saya ambil contoh, rakyat yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) sebanyak RM500 akan beri kesan gandaan ekonomi.

"Perkara ini memandangkan mereka akan berbelanja di peringkat bawahan seperti membeli karipap, lemang dan tudung sekali gus membantu peniaga kecil di sesebuah kawasan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment