My Add

Thursday 7 February 2013

Bayi lima bulan digigit bapa meninggal dunia

NEW DELHI, KHAMIS 07 Februari, 2013: Seorang bayi perempuan berusia lima bulan yang cedera parah di mulut dan hidung akibat digigit oleh bapanya pada bulan lalu, meninggal dunia di negeri Rajasthan, semalam.

Stesen penyiaran NDTV melaporkan, bayi itu meninggal dunia kerana mengalami komplikasi pernafasan.

Pada 26 Januari lalu, bayi malang itu digigit oleh bapanya yang sedang mabuk di bahagian mulut dan hidung.

Kejadian itu berlaku ekoran bapa bayi berkenaan berang apabila anaknya tidak berhenti menangis. - dpa

No comments:

Post a Comment