My Add

Thursday 21 February 2013

Bubar DUN: Khalid dapat perkenan Sultan Selangor

SHAH ALAM, RABU, 20 Februai, 2013: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau telah mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal daripada pembubaran Dewan Rakyat.

Namun, katanya, baginda mahu majlis pengumuman pembubaran DUN itu dilakukan dengan penuh tertib bagi menjaga nama baik negeri.

Beliau yang menghadap Sultan Selangor pagi ini bagaimanapun tidak menyatakan tarikh sebenar DUN Selangor akan dibubarkan.

"Pada perjumpaan dengan Tuanku, saya telah menyatakan cadangan pembubaran DUN lebih awal daripada Kerajaan Pusat dan baginda tidak menghalang, namun Tuanku minta majlis pembubaran DUN dibuat dengan penuh tertib dan teratur bagi menjaga nama baik negeri.

"Baginda juga menitahkan saya supaya hanya mengumumkan pembubaran DUN apabila tiba tarikhnya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment